Tentang

PUSAT LATIHAN KERJAYA SDN BHD

Latar Belakang Syarikat

Falsafah penubuhan Pusat Latihan Kerjaya Sdn Bhd (PLK) adalah bermatlamat untuk membantu anak bangsa menceburi dalam bidang kemahiran, seiring dengan Dasar TVET Negara 2030 bagi memperkasakan latihan TVET untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi sebagai memenuhi keperluan industri tempatan dan antarabangsa.

Sebagai langkah pertama, PLK dengan kerjasama dengan industri, telah mendapat pentauliahan program SLDN-ADI dengan kaedah Pensijilan Kemahiran Malaysia, dibawah akreditasi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

Program SLDN-ADI Perantisan adalah pertama kali dijalankan dengan menjalinkan MOU iaitu syarikat rakan kerjasama bersama Kumpulan Syarikat SENA.

Pada peringkat permulaan, tiga program akan ditawarkan iaitu program Pengeluaran Foundri, Penyeliaan dan pengeluaran foundri, pemasangan dan penyelenggaraan tiga fasa, pemasangan dan penyelengaraan satu fasa dan urut terapi yang bermula dengan Pensijilan Kemahiran Malaysia SKM tahap 2 dan Tahap 3.

MOTO SYARIKAT

EMPOWERING LIVES BUILDING FUTURES

VISION

TO BE A LEADING TVET INSTITUTION TRANSFORMING YOUTH INTO SKILLED PROFESSIONALS FOR THE BENEFIT OF SOCIETY

MISSIONS

  1. PLK EDUCATES YOUTH IN COLLABORATION WITH INDUSTRIES TO BE FUTURE-READY WITH SKILLS AND TECHNICAL PROFESSIONAL FOR NATION-BUILDING
  2. TO CREATE OPPORTUNITIES FOR YOUTH BY MAKING QUALITY TVET EDUCATION ACCESSIBLE, AND FOSTERING MEANINGFUL SOCIAL CONTRIBUTION

Pisahkan Biografi Pengurus Pusat Bertauliah dan Ahli Lembaga Pengarah

Ahli Lembaga Pengarah

DATUK SERI TPR. MAHADI CHE NGAH

Pengerusi

Seorang tokoh Malaysia yang terkenal dengan perkhidmatan yang meluas dalam
perancangan bandar dan tadbir urus tempatan.

KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Datuk Seri Mahadi Che Ngah memulakan kerjayanya pada tahun 1983 sebagai Perancang Bandar dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). beliau memegang pelbagai jawatan, termasuk Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Pengarah Eksekutif Perancangan Bandar. Selepas bersara pada tahun 2019, beliau kembali berkhidmat dalam perkhidmatan awam dari Oktober 1 2020 hingga 31 Mac 2023. beliau menumpukan kepada pembangunan bandar.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Perancangan Bandar dari Universiti Teknologi Malaysia dan Ijazah Sarjana dalam pembangunan Bandar dari Universiti of Strathclyde di Glasgow.

PERANAN DALAM SEKTOR SWASTA
Selepas perkhidmatan awamnya, Datuk Seri Mahadi Che Ngah beralih ke sektor swasta. Pada 23 Februari 2024, beliau dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Titijaya Land Berhad, sebuah syarikat pembangunan hartanah, ahli lembaga
pengarah MRT Corporation Berhad dan Pengerusi Pusat Latihan Kerjaya Sdn Bhd.

PENGHORMATAN DAN PENGIKTIRAFAN
Sepanjang kerjayanya Datuk Seri Mahadi Che Ngah telah menerima beberapa
penghormatan, termasuk: Panglima Besar Perintah Mahkota Wataniah (SMW)-Datuk Seri (2021)

DATIN AFINALIZA BINTI ZAINAL ABIDIN

Pengarah

Memulakan kerjayanya sebagai Setiausaha pada Mac 1985 dengan Kelab Sultan Alam Shah Selangor (kini dikenali sebagai Kelab Golf dan Desa Sultan Abdul Aziz Shah). Selepas meletak jawatan, beliau menyertai Cofreth (M) Sdn. Bhd. pada Disember 1988 sebagai Setiausaha, di mana beliau mengambil alih kerja-kerja pentadbiran dan kesetiausahaan.

Pada Julai 2002, Datin Afinaliza memperolehi 40% kepentingan ekuiti dalam Syarikat ITMAX Sdn Bhd dan sepanjang tahun sehingga 2016, beliau meningkatkan pegangan sahamnya dalam Syarikat daripada 40% kepada 90% kepentingan ekuiti. Selepas menjadi pemegang utama saham syarikat, Datin Afinaliza memainkan peranan utama dalam pembangunan perniagaan, pengurusan pihak berkepentingan, sumber manusia dan pengurusan bakat.

Pada Oktober 2019, Datin Afinaliza telah melupuskan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam Syarikat kepada Akasia Rafflesia Sdn Bhd (“ARSB”) manakala ARSB memberikan Datin Afinaliza pilihan panggilan untuk memperoleh 30% kepentingan ekuiti yang dipegang oleh ARSB dalam Syarikat Itmax. Walaupun pelupusan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam Syarikat Itmax pada Oktober 2019, beliau kekal sebagai Pengarah dan meneruskan peranan pembangunan perniagaan di ITMAX.

Pada Oktober 2021, Datin Afinaliza telah melaksanakan opsyen panggilannya untuk memperoleh 30% kepentingan ekuiti Syarikat TIMAX daripada ARSB, melalui Ganda Sensasi Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang dicalonkan olehnya untuk memperoleh 30% kepentingan ekuiti.Sebagai Pengarah Eksekutif Bukan Bebas kami, Datin Afinaliza menyelia pembangunan perniagaan syarikat dan peranan pembangunan perniagaannya termasuk pengurusan pihak berkepentingan untuk projek ITMAX yang berkaitan.Selain ITMAX, Datin Afinaliza tidak memegang jawatan pengarah dalam mana-mana syarikat awam lain dan penerbit tersenarai di Malaysia.

Kini, Datin Afinaliza komited dalam membantu belia-belia menceburi bidang TVET dengan menjadi ahli lembaga pangarah Pusat Latihan Kerjaya Sdn Bhd

EN.ZAILANI BIN ALI

Pengarah

En.Zailani Bin Ali berpengalaman lebih 31 tahun dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia bersama industri tempatan serta antarabangsa samada ada dalam bidang telekomunikasi, insurans, automotif dan perbankan. Pada masa kini beliau berkhidmat
bersama Pawlifestyle sebagai Pengarah Urusan.Beliau juga telah berkhidmat bersama syarikat-syairkat dan memegang beberapa jawatan penting dalam sektor Pengurusan Sumber Manusia seperti :

  • Ahli Lembaga Pengarah Pusat Latihan Kerjaya Sdn Bhd.
  • Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Pengurusan Sumber Manusia di UMW Cooperation.
  • Pengarah Pengurusan Sumber Manusia bersama Maxis Berhad
  • Naib Presiden dan Ketua Kumpulan Pengurusan Sumber Manusia di International Netherland Group (ING) Malaysia dan merupakan ahli dalam Global HR Business Council.
  • Ketua Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia DaimlerChryler Malaysia.
  • Naib Presiden HR Citibank Berhad
  • Pengurus Cawangan Wilayah (Southeast Asia) di Bestfood International.
  • Pengurus Kumpulan Syarikat DRB Hicom Berhad
  • Pengurus Unit (Compensation & Benefits) Telekom Malaysia Berhad.

Kepakaran beliau dalam Pengurusan Sumber Manusia ialah

  • Strategic HR initiative in the areas of leadership and management development
  • Business transformation and change management
  • High perfomance culture merge and acquisitions reward and performance
  • Workforce data analytics and coaching and mentoring culture

Kelayakan akademik dan keahlian

  • Bachelor Of Art (Hons) in Social Science,Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Certified 360’ Coach from Assessment Plus,USAv

 

Latar Belakang Pengasas Rakan Kerjasama (MOU)- Kumpulan Syarikat SENA

LATAR BELAKANG PENGASAS RAKAN KERJASAMA (MOU)- KUMPULAN SYARIKAT SENA

Sebagai seorang pengasas syarikat, Tan Sri Dato’ (Dr.) Tan Boon Hock 66 mengembangkan Kumpulan SENA dengan menubuhkan beberapa anak syarikat di bawahnya yang berjaya mengaut nilai perolehan tahunan berjumlah jutaan ringgit. Antaranya, Syarikat Sena Letrik yang mempunyai 30 tahun pengalaman sebagai kontraktor mekanikal dan elektrik, telah menjadikan Airfield Ground Lighting (AGL) atau pencahayaan tanah lapangan terbang diterima pakai penggunaannya melebihi 80 peratus di semua lapangan terbang di Malaysia. 

Lebih membanggakan, penubuhan syarikat Sena Traffic Systems pula berjaya menempa sejarah sebagai syarikat tempatan Malaysia pertama yang membangunkan 100 peratus buatan tempatan pengendali sistem trafik pintar yang dikenali sebagai TrafficSensTM.

Syarikat ini berkembang pesat membina dan mengendalikan makmal penyelidikan dan pembangunan yang memberi tumpuan kepada sistem digital pintar bagi pengurusan bandar contohnya pengurusan lampu jalan serta operasi dan penyenggaraan aplikasi Internet of Things (IoT).

Syarikat beliau yang telah menerajui pencapaian utama STS-SN iaitu pusat pengurusan lalu lintas MBPJ dengan ‘real-time monitoring’ dan dilengkapi dengan sistem pengawasan TrafficSensTM (CCTV) sebelum ini turut bekerjasama dengan UTHM dan beberapa universiti tempatan lain bagi menjayakan projek penyelesaian pembangunan bandar pintar.

Tan Sri Dato’ (Dr.) Tan Boon Hock juga turut merintis penubuhan Sena Healthcare Sdn. Bhd. bagi menampung permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan kesihatan khususnya kepakaran dalam merancang dan membina pusat penjagaan kesihatan swasta dan pengoperasian hospital.

Berdiri sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan Optimax, syarikat Optimax Eye Specialist Centre Sdn. Bhd. terus berkembang pesat menjadi salah satu pengendali utama dalam industri pakar mata di Malaysia. Hasilnya, beberapa anugerah telah diterima bagi mengiktiraf kecemerlangan mereka antaranya Frost 2016 and Sullivan Awards – Malaysia Eye Care Centre of the Year (LASIK), The MRCA Crown Awards 2016 -Outstanding National Growth Award dan The Malaysia Health and Wellness Brand Awards 2017.