Dr Bahrulmazi Edrak
Pengurus Pusat Bertauliah
Bahrulmazi Edrak ialah Pengurus Pusat Bertauliah Pusat Latihan Kerjaya Sdn Bhd, yang beroperasi dibawah program SLDN (ADi), yang dikawal selia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Profesor dan Profesor Madya di Alzette Unversity of France serta beberapa universiti di Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang akademik dan korporat dan telah menyumbang secara signifikasi dalam kedua-dua sektor. Atas minat beliau dalam penyelidikan, beliau juga telah menerbitkan penyelidikan beliau dalam bidang polisi, pengurusan, MIS dan khidmat masyarakat. Dalam kelayajan akademik. beliau memiliki Ph.D., MBA, dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi.
Dalam sektor korporat, Dr. Bahrulmazi mempunyai pengalaman luas dalam menerajui penubuhan kolej dan institusi TVET, serta menguruskan pelbagai usaha perniagaan. Kepakaran beliau merangkumi perancangan strategik, kepimpinan akademik, dan komunikasi korporat. Beliau dikenali kerana pendekatan yang berorientasikan hasil, dengan rekod pencapaian yang cemerlang dalam meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan serta memperkukuhkan kedudukan kewangan sesebuah organisasi.
Asmidar Binti Bahari
Asmidar Bahari merupakan Pengajar untuk Pemasangan dan Penyelengaraan Elektrik Satu Fasa dan Tiga Fasa di Pusat Latihan Kerjaya Sdn Bhd yang beroperasi dibawah program SLDN (ADi), yang dikawal selia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Beliau memiliki Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 dalam bidang Pemasangan dan Penyelengaraan Elektrik Voltan Rendah dan juga Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang Pemasangan dan Penyelengaraan Elektrik 3 Fasa. Selain itu, beliau juga memiliki Sijil Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman A4) yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).Beliau mempunyai pengalaman selama 7 tahun dalam bidang Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik bermula satu fasa sehingga voltan rendah.
Dalam tempoh pengalaman selama 7 tahun dalam bidang elektrik, beliau telah menjadi seorang Juruteknik Elektrik dan Juruteknik Penyelenggaraan Bangunan serta Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman A4) dan selepas itu, beliau berkecimpung dalam institusi Pendidikan menjadi seorang Pengajar Elektrik.
Oleh kerana minat beliau dalam bidang Pendidikan sangat tinggi, beliau meneruskan kerjaya sebagai Pengajar Kemahiran dan sekarang berkhidmat di Pusat Latihan Kerjaya Sdn. Bhd.
Siti Hajar Binti Mohamad Mahbob
Siti Hajar Mohamad Mahbob merupakan Pengajar untuk Urut Terapi (Level 3) di Pusat Latihan Kerjaya Sdn Bhd yang beroperasi dibawah program SLDN (ADi), yang dikawal selia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementeriann Sumber Manusia Malaysia.
Beliau mempunyai sijiil ijazah Bsc(Hons) Physiotherapy Sciences dari Northumbria University serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Urut Terapi dan Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 Penjagaan Ibu Selepas Bersalin Mamacare.
Beliau mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang fisioterapi dan urut terapi. Dalam tempoh 10 tahun beliau telah menjadi seorang clinical instructor cum junior lecturer di MAHSA Universiti selama 6 tahun dan selepas itu berkecimpung dalam bisnes mobile spa dan fisioterapi selama 4 tahun.
Oleh kerana minat beliau dalam mengajar, beliau juga menjadi pengajar sambilan untuk urut terapi dalam masa tempoh 4 tahun sebelum menyertai Pusat Latihan Kerjaya Sdn Bhd.
Zainal Mohd Salleh
(MSc.Sc, CEng. CTP Eng. CSWIP.UK, ASNT L II, TTT HRDF, ToT UK, ISO LA)
Zainal Mohd Salleh merupakan graduan daripada Bridge Gate Advance University, USA. (Master Deg in Materials Sc)
Beliau juga merupakan graduan dari South Shield Polytechnic, UK dalam bidang Kejuruteraan Marin dan Perunding Pengurusan Projek serta Pengurusan Pembinaan.
Beliau mempunyai lebih daripada 35 tahun pengalaman dalam industri Minyak & Gas, Loji Nuklear, Petrokimia dan Tenaga, serta Pengurusan Kemudahan.
Pengalaman beliau meliputi pasukan Pelaksanaan & Operasi, pasukan Perunding Pengurusan, Wakil / Juruaudit ISO, Semakan Kontrak, Semakan Kejuruteraan & Reka Bentuk, Fabrikasi Struktur Keluli & Paip, Pemasangan, Pemeriksaan & Ujian, Penutupan & Penukaran (Shutdown & Turnaround), Pembangunan Teknikal dari peringkat asas ke pengurusan serta sebagai pensyarah teknikal di Universiti Teknikal yang berprestij.
Beliau mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas di luar negara dalam kod dan piawaian antarabangsa, keperluan dan spesifikasi pelanggan. Dalam bidang Minyak & Gas, Loji Kimia, Reaktor Nuklear, Awam, Struktur Keluli & Piping, Mekanikal dan pelbagai prosedur lain.
Terlibat dalam bidang Pembuatan, Pembinaan, Fabrikasi, Pemasangan, Pemeriksaan, Ujian & Pengoperasian (Commissioning), projek luar pesisir (Offshore) dan daratan (Onshore) untuk Loji Nuklear, Qatar Petroleum, OXY, Technip Middle East, Qatar Gas, Ras Gas, MHI & Limbungan Kapal, PETRONAS, TNB, Gas Malaysia, Esso, Shell, Mobil, Orex GTL, Nakilat Shipyard, Loji Penapisan Minyak & Gas serta projek-projek seperti stesen janakuasa, kemudahan loji, kemudahan marin, bejana tekanan & dandang, ujian injap, struktur keluli, paip, saluran paip, paip GRE/P, peralatan, ekspedisi, penyiapan mekanikal, penutupan, pengoperasian, pembinaan kapal & pengangkatan. Pengurusan Kemudahan dan Penyelenggaraan, serta Peralatan Loji.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pensyarah/Jurulatih Teknikal, Pengurus Besar, Pengurus QA/QC, Pengurus Teknikal Kanan, Pengurus Projek, Jurutera Kimpalan dalam bidang minyak & gas, Jurutera Pemeriksaan (TPI), Jurutera QA/QC, Pemeriksa Kimpalan, Pemeriksa Pihak Ketiga, Jurutera Pemeriksaan, pasukan pelaksanaan projek, Wakil Pelanggan, Kos & Anggaran, Ekspeditor dan Juruaudit dalam fabrikasi, pemasangan, pendirian, pemeriksaan ujian & pensijilan.
Pernah juga bertugas sebagai Pengurus Pembinaan Projek Infrastruktur & Awam, dan kini berkhidmat sebagai Pengurus Teknikal Kanan / Pengurus Operasi di Timur Tengah, Eropah dan UK.